FAQ (SOALAN LAZIM) – PELANGGAN

     
1. UMUM
     Saya tidak dapat menghubungi talian terus MyKKP 03-8886 6496/03-8886 6497.
          Talian tersebut hanya boleh dihubungi pada waktu berikut:
          Isnin – Jumaat (8.30pagi-1.00petang / 2.00petang-5.30petang) kecuali Hari Kelepasan Am
          Untuk negeri yang bekerja pada hari Ahad, sila hubungi pejabat JKKP Negeri tersebut.
    
     Saya telah terlupa kata laluan?
          1. Sila klik pautan “Lupa Kata Laluan?” pada paparan Log Masuk portal MyKKP.
          2. Sila masukkan ID Pengguna dan klik butang Hantar.
          3. Sila semak e-mel yang telah didaftarkan dengan MyKKP untuk mendapatkan pautan bagi proses kata laluan.
          4. Klik pautan berkenaan dan paparan bagi Tukar Kata Laluan akan dipaparkan.
          5. Masukkan kata laluan baru dan ulangan kata laluan, seterusnya klik butang Kemaskini.
          6. Popup mesej “Kata laluan Berjaya dikemaskini” akan dipaparkan.
    
     Saya tidak menerima emel pengaktifan.
          1. E-mel pengaktifan akan dihantar secara automatik ke inbox e-mel yang telah didaftarkan dengan sistem MyKKP selepas pendaftaran akaun berjaya dilakukan.
          2. Pengguna dikehendaki menyemak ruangan e-mel Spam atau Junk Mail di dalam emel peribadi sekiranya masih tidak menerima emel dalam tempoh 5 minit.
          3. Sekiranya emel pengaktifan masih tiada, sila e-melkan kepada mykkp@mohr.gov.my atau hubungi no telefon 03-8886 6496/03-8886 6497/03-8000 8000.
           **Sila pastikan e-mel peribadi yang didaftarkan adalah e-mel yang sah dan masih aktif.
    
     Saya tidak menerima sebarang emel pemakluman Aktiviti MyKKP.
          Pengguna dikehendaki menyemak ruangan emel Spam atau Junk Mail di dalam emel peribadi. Rekod aktiviti semasa MyKKP masih boleh disemak dalam akaun MyKKP pengguna.
    
     No kad pengenalan saya telah didaftarkan oleh pengguna lain.
          Mohon hubungi pasukan teknikal menerusi e-mel mykkp@mohr.gov.my beserta bukti pengenalan diri seperti salinan MyKad untuk semakan pihak teknikal selanjutnya.
    
     Saya telah mendaftar. Tetapi ketika log masuk, sistem memaklumkan bahawa login ID dan Kata Laluan tidak tepat.
          1. Sila semak sama ada pengaktifan akaun MyKKP telah dibuat menerusi verifikasi akaun MyKKP.
          2. Sekiranya masih gagal log masik walaupun verifikasi akaun MyKKP telah dibuat, sila hubungi pasukan teknikal menerusi e-mel mykkp@mohr.gov.my atau hubungi no telefon 03-8886 6496/03-8886 6497/03-8000 8000.
    
     Perlukah saya muat naik gambar pada Profil Saya.
          Gambar berukuran passport dengan spesifikasi yang telah ditetapkan WAJIB dimuatnaik di Profil Saya sekiranya pengguna merupakan Orang Yang Kompeten (OYK).
    
     Saya ingin menukar alamat e-mel.
          1. Log masuk ke akaun MyKKP.
          2. Klik menu Profil Saya dan klik sub menu Maklumat Emel.
          3. Masukkan alamat emel baru yang sah untuk verifikasi dan klik butang Verifikasi.
          4. Sila semak e-mel asal yang didaftarkan untuk mendapatkan Kod Verifikasi.
          5. Masukkan Kod Verifikasi di ruangan Kod Pengesahan Emel dan klik butang Pengesahan Kod.
          6. Popup mesej “Anda telah berjaya kemaskini emel yang baru.”
    
     Apakah browser yang paling sesuai untuk melayari portal MyKKP?
          Paparan terbaik portal MyKKP adalah dengan menggunakan browser Chrome.
    
     Saya menghadapi masalah untuk mencari butang Tutup pada paparan.
          Sila ubahsuai saiz paparan skrin pada browser menggunakan tool Zoom.
    
     Saya ingin menggunakan no kad pengenalan saya untuk mendaftar 2 ID pengguna MyKKP.
          Satu no kad pengenalan hanya boleh digunakan untuk mendaftar 1 ID pengguna MyKKP.
    
     Saya telah membuat pembayaran secara atas talian, tetapi status masih “pembayaran”.
          1. Perkara ini adalah disebabkan oleh pengguna tidak menunggu sehingga resit MyKKP dipaparkan.
          2. Sila e-melkan no bil beserta bukti pembayaran kepada mykkp@mohr.gov.my dan salinan kepada sharifahraini@mohr.gov.my dan nadhiah.rani@mohr.gov.my.

2. KILANG DAN JENTERA
     Saya tidak dapat membuat permohonan berkaitan jentera (pendaftaran baru dan pemeriksaan ulangan).
          Pengguna perlu membuat permohonan pengaktifan tempat kerja terlebih dahulu sebelum membuat permohonan berkaitan jentera. Sila rujuk Manual Pengguna PATK.
    
     Saya telah berjaya membuat carian tempat kerja tetapi apabila saya klik butang daftar, tiada sebarang perubahan paparan.
          Sila pastikan tetapan browser “Allow Pop-up Blocker” telah diaktifkan. Sila rujuk Manual Pengguna Konfigurasi Tetingkap Pop-up.
    
     Jentera ada di Senarai Jentera tetapi apabila ingin membuat permohonan pemeriksaan ulangan jentera berkenaan tidak wujud.
          1. Sila semak doket jentera dan pastikan no tempat kerja wujud pada Nama Pemunya. Contoh: Syarikat ABC (SL1234)
          2. Sila semak pada Senarai Permohonan sama ada permohonan pemeriksaan ulangan untuk jentera berkenaan telah dibuat/tidak.
          3. Sila semak JKKP Negeri berkaitan, berkemungkinan jentera berkenaan telah diagihkan secara dalaman oleh pegawai JKKP Negeri berkenaan.
    
     Saya gagal memuat turun CF menerusi butang Papar CF di jentera.
          Pastikan No Tempat Kerja yang betul telah diaktifkan.
          Kes 1: Bil belum dibayar – Sila jelaskan pembayaran sama ada menerusi atas talian atau ke kaunter JKKP Negeri berkaitan.
          Kes 2: Bil telah dibayar – CF masih belum dijana. Sila hubungi pemeriksa berkenaan.
          Kes 3: Bil pemeriksaan tidak dijana menerusi sistem MyKKP (Bil tanpa QR Code) - Sila semak di menu Senarai CF di sebelah kiri untuk muat turun CF.
          Kes 4: Semak rekod pemeriksaan. Tiada CF akan dijana sekiranya keputusan GAGAL / ABORTIVE.
          Kes 5: Sila pastikan tetapan browser “Allow Pop-up Blocker” telah diaktifkan. Sila rujuk Manual Pengguna Konfigurasi Tetingkap Pop-up.
    
     Maklumat dalam CF yang dipaparkan kosong.
          Sila semak doket jentera dan pastikan no tempat kerja wujud pada Nama Pemunya. Sekiranya no tempat kerja tiada, sila e-melkan kepada pegawai pemeriksa untuk kemaskini maklumat pemunya berkenaan.
    
     Saya dapati terdapat jentera yang bukan hak milik syarikat saya di Senarai Jentera.
          Sila berhubung dengan pegawai IT JKKP Negeri berkaitan.
    
     Saya dapati jentera milik syarikat saya tiada di Senarai Jentera.
          Sila berhubung dengan pegawai IT JKKP Negeri berkaitan dengan melampirkan bukti hak milik seperti CF, geran, dokumen jual-beli dan lain-lain.
    
     Terdapat kesilapan maklumat pada CF jentera.
          Sila hubungi pemeriksa berkenaan.
    
     Saya ingin melantik lebih daripada seorang kakitangan untuk mengurus tempat kerja dan jentera di MyKKP.
          Setiap kakitangan yang dilantik perlu membuat pengaktifan tempat kerja terlebih dahulu.
    
     Saya ingin mengaktifkan lebih daripada satu tempat kerja dalam akaun MyKKP saya.
          1. Dalam satu masa hanya satu tempat kerja yang boleh diaktifkan untuk urusan permohonan dan semakan.
          2. Semua tempat kerja yang ingin diaktifkan perlu mendapat kelulusan pengaktifan tempat kerja (PATK).
          3. Sila klik menu Kilang/Jentera > Daftar Tempat Kerja.
    
     Nama firma saya tiada dalam semakan FYK.
          Sila e-melkan surat kelulusan pendaftaran firma beserta no daftar tempat kerja kepada migrasi.mykkp@mohr.gov.my
    
     Bagaimana untuk muat turun CF bagi jentera yang baru didaftarkan / pembaharuan?
          1. Sila aktifkan no tempat kerja bagi jentera berkenaan.
          2. Sila klik menu Kilang/Jentera > Senarai Jentera.
          3. Buat carian jentera yang berkaitan.
          4. Klik butang “Papar CF” untuk muat turun CF.
          Sila pastikan tetapan browser “Allow Pop-up Blocker” telah diaktifkan. Sila rujuk Manual Pengguna Konfigurasi Tetingkap Pop-up.
    
     Saya telah menerima makluman e-mel daripada admin_mykkp@mohr.gov.my berkenaan status permohonan yang telah dibuat.
          1. E-mel berkenaan memaklumkan status permohonan yang telah dibuat.
          2. Untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti surat kelulusan, slip perakuan, pemohon perlu log masuk ke MyKKP.
          3. Sila klik Surat/Sijil/Resit untuk muat turun surat kelulusan/surat batal/surat gagal, slip perakuan, JKJ 127, JKJ 17, JKJ 113, Surat Pendaftaran Tapak Bina.
          Sila pastikan tetapan browser “Allow Pop-up Blocker” telah diaktifkan. Sila rujuk Manual Pengguna Konfigurasi Tetingkap Pop-up.

3. ORANG YANG KOMPETEN (OYK)

     Nama saya tiada dalam semakan OYK.
          Sila e-melkan sijil kompetensi kepada pegawai IT JKKP Negeri berkaitan untuk dikemaskini.